Lelaki Kuwait Nikah 4 Isteri Sekaligus Dalam Satu Hari

KUWAIT - Demi membuktikan kepada bekas kekasih dirinya masih 'laku', seorang lelaki Kuwait dilaporkan menikahi empat wanita pada hari sama.

Selain dianggap 'bertuah' oleh lelaki-lelaki di luar sana, foto-foto lelaki berusia 28 tahun itu bersama isteri-isterinya turut menjadi viral di media sosial.

Menurut komen-komen yang didapati di media sosial, lelaki itu bertindak demikian selepas bekas kekasihnya mencabar supaya mencari seorang wanita yang sudi mengahwininya, lapor Naij.Com News.‎

Bagaimanapun, lelaki itu bukan hanya mengahwini seorang wanita, tetapi empat!