Lelaki Kuwait Nikah 4 Isteri Sekaligus Dalam Satu Hari

KUWAIT - Demi membuktikan kepada bekas kekasih dirinya masih 'laku', seorang lelaki Kuwait dilaporkan menikahi empat wanita pada hari sama.

Selain dianggap 'bertuah' oleh lelaki-lelaki di luar sana, foto-foto lelaki berusia 28 tahun itu bersama isteri-isterinya turut menjadi viral di media sosial.

Menurut komen-komen yang didapati di media sosial, lelaki itu bertindak demikian selepas bekas kekasihnya mencabar supaya mencari seorang wanita yang sudi mengahwininya, lapor Naij.Com News.‎

Bagaimanapun, lelaki itu bukan hanya mengahwini seorang wanita, tetapi empat!

Gara-Gara Ikan Toman, Laluan Motor Jem

Penunggang motosikal yang melalui Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat digemparkan dengan kehadiran seekor ikan toman yang berjaya ditangkap di tasik, tepi lebih raya tersebut.
Ikan toman seberat 10kg itu ditangkap oleh seorang lelaki yang secara kebetulan dikatakan ternampak kelibat ikan tersebut.

Gara-gara insiden itu, ramai penunggang berhenti untuk menyaksikan ikan toman besar yang ditangkap hingga mengakibatkan laluan motosikal menjadi sesak.

Ramai yang terkejut kerana tidak menyangka terdapat ikan toman hidup dalam kolam kecil di tepi lebuhraya itu.

Ini membuatkan ada yang beranggapan bahawa ikan itu dilepaskan individu tertentu ke dalam kolam tersebut.

Dalam pada itu, kesesakan di laluan motor pada hari berkenaan membuatkan penunggang motosikal di belakang menyangkakan terdapat roadblock.

“Dah la aku tengah laju semalam. Roadtax moto pulak ngam-ngam hari Rabu abis tak sempat nak hidupkan. Tiba-tiba jem kat jalan moto. Kelam kabut aku. Rupanye deme tengak bro ni tangkap ikan” tulis Fitry di Facebook.

Difahamkan, lelaki yang menangkap ikan toman besar itu telah melepaskannya kembali ke kolam tersebut

Lelaki Ini Hanya Minum Tanpa Makan Selama 5 Tahun


Bagi kebanyakan orang, menahan lapar selama beberapa jam saja sudah membuat badan menjadi lemah dan tak bermaya. Tetapi seorang lelaki di AS mengaku boleh hidup hanya dengan air dan cahaya matahari selama 5 tahun. Selama 10 bulan terakhir, dia hanya makan sebanyak 7 kali.

Lelaki bernama Kirby tersebut muncul dalam sebuah acara televisyen berama ‘Taboo USA’ yang ditayangkan oleh National Geography Channel. Dia mengaku dirinya adalah seorang Breatharianism, yaitu orang yang boleh bertahan hidup dengan udara, mendapatkan tenaga dari cahaya, angin, dan getaran.

“Saya hanya makan selama 7 kali selama 10 bulan terakhir. Saya masih sedar, apabila saya memakan makanan, itu malah membuat saya merasa sangat lelah,” katanya seperti dipeti dari Huffington Post, Kamis (27/6/2013).

Kirby mengaku bahawa untuk memakan makanan pun dia menghadkan kuantitinya agar tak lebih dari 500 kalori. Dia telah menjalani pola hidup Breatharianism selama 5 tahun, walau tahu beberapa orang tak kuat dan meninggal ketika cuba menerapkan gaya hidup sama.

Uniknya, dia mengaku telah menjalani pemeriksaan rutin 6 bulan yang lalu dan hasilnya menunjukkan bahawa keadaan kesihatannya cukup baik. Dia yakin dia boleh berumur panjang dengan menjadi seorang breatharian, bahkan boleh membalik proses penuaan.
Dalam acara tersebut, Kirby mengatakan ingin mengubah dunia dengan breatharisme. Apabila ingin makan, dia hanya mengambil sepotong roti dan anggur merah.

Breatharianism yang menjadi landasan pola hidup. Breatharianism adalah sebuah konsep yang meyakini bahawa sinar matahari boleh menyediakan semua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Sebelum ini, dikhabarkan seorang nenek di Seattle juga menjalani pola hidup sama.

Nenek bernama Navenna Shine tersebut ingin menjalani pola hidup Breatharianism selama sekurang-kurangnya 40 hari terlebih dahulu. Jika berjaya, dia akan meneruskannya lebih lama lagi. Sampai setakat ini, hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan nenek tersebut masih sihat.

Ritual Bunuh Diri Seppuku


Seppuku
Seppuku atau juga Harakiri, salah satu tradisi yang menjadi kebanggan masyarakat Jepun, yang berasal dari kata hara yang bererti perut dan kiru yang bererti memotong. Harakiri juga dikenali dengan istilah seppuku. Kebiasaannya harakiri ini dilakukan oleh prajurit berkelas tinggi dari kalangan samurai sebagai bukti kesetiaan. Bunuh diri yang dilakukan para Samurai ini sangat menyiksakan, kerana si pelaku harus menunggu kematian kerana kehabisan darah setelah merobek dan mengeluarkan isi perutnya.

Ada ritual khusus yang harus dilakukan oleh Samurai jika ingin melakukan harakiri. Ia harus mandi, menggunakan jubah putih, dan makan makanan kegemaran. Pelaku harakiri ditemani seorang pelayan (kaishakunin), yang ia pilih sendiri. Kaishakunin ini bertugas membuka kimononya dan mengambilkan pisau yang akan digunakan. Jika pelaku harakiri menjerit atau menangis kesakitan ketika ia menusuk dan mengeluarkan isi perutnya, hal tersebut dianggap sangat memalukan bagi seorang Samurai. Kerana itu Kaishaku bertugas mengurangi penderitaan itu, mempercepat kematian dengan memenggal kepala si pelaku.

Lelaki Taksub Jadi Ikan Duyung


Tallahassee (Florida): Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk ‘menukar’ dirinya menjadi makhluk mitos itu.

Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung ‘ekor’ khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam.


Memiliki sijil sebagai penyelam, Ducharme, 22, boleh menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia menikmati pengalaman sebagai ikan duyung.

Kata Ducharme, dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan duyung dan ia adalah pilihannya sendiri.


“Saya adalah ikan duyung yang makan, bernafas dan tidur.


“Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air,” katanya.

Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama untuk memahami dirinya sendiri.


Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan pertama mereka lagi.

Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. “Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri.


“Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia sebenar,” katanya. Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga kehairanan melihat aksi kekasihnya itu.


“Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan duyung yang mereka kenali adalah wanita,” katanya. - The Sun

Cendawan Bercahaya Di Hutan Amazon

Spotted once in 1840 and then never seen again, one of the world's most bioluminescent mushrooms has been rediscovered deep in the Brazilian wilderness.

The bioluminescent shrooms had become a Brazilian legend of sorts. They were first spied in 1840 by an English botanist named George Gardner, who was alarmed after he saw some boys playing with a glowing object in the streets of Vila de Natividad, a village in the Goiás state in central Brazil. After that, no more sightings of the brightly glowing fungus had ever been reported.


Wanita Berbadan Paling Lentik Di Dunia

Wanita kelahiran Russia Zlata, 27, boleh membengkokkan dirinya ke dalam bentuk yang paling mustahil sejak berusia empat dan telah memecahkan beberapa rekod dunia untuk kelentikan badan. Wanita berambut perang ini, yang melakukan persembahan dengan nama pentas Zlata, boleh melentikkan badannya ke tahap paling sukar dibayangkan






Roller Coaster Yang Tertinggi, Terlaju Dan Terpanjang Di Dunia

New ride Valravn hits 75mph [121 kilometer/hour]


Cedar Point, in Sandusky, Ohio, is home to the new roller coaster that opened to the public on Saturday, the same day the park opened for the season. Valravn gives riders a sweeping view of Lake Erie before dropping them over 200 feet on a 90-degree free fall that hits a top speed of 75 mph. It also turns riders upside down 3 times



The Valravn section of Cedar Point's website says: 'Your flight on Valravn begins when you board 24-passenger floorless trains and climb 223 feet into the Cedar Point skyline at a 47-degree angle. 'Then, you'll face your fear of straight-down freefall as the train is temporarily stopped and held into position on the very edge of the 214-foot-long vertical drop.'




Vice president and general manager of Cedar Point Jason McClure told WOOD: 'The really big difference is right before the drop you hang for four seconds and it can be the longest four seconds of your life.'




The ride was designed by Bolliger & Mabillard, which is based in Switzerland






10 World Records made by Valravn:

-Tallest dive coaster - 223 feet

-Fastest dive coaster - 75 mph

-Longest dive coaster - 3,415 feet

-Most inversions on a dive coaster - 3

-Longest drop on a dive coaster - 214 feet

-Highest inversion on a dive coaster - 165 feet

-Most roller coasters taller than 200 feet at one amusement park - 5

-Most rides at one amusement park - 71

-Most steel roller coaster track at one amusement park - 9.9 miles

-Most roller coaster track at one amusement park - 11.4 miles

Pulau Sampah Buatan Di Maldive

Award-winning filmmaker Alison Teal, 27, visited Thilafushi, better known as Trash Island. It's an artificial island created as a municipal landfill situated to the west of Malé.

When people think of the Maldives they certainly don't think of shores filled with mountains of trash. But this is the darker side of the Maldives that people rarely see.








Trend Lelaki Jepun Berkahwin Dengan Patung

Trend bercinta lelaki-lelaki Jepun berpindah dari bercinta dan kawin dengan orang, sekarang berpindah ke patung. Banyak dari mereka lebih memlih bercinta dengan boneka-boneka daripada dengan wanita asli.

Bahkan ada yang punya koleksi patung sampai beratus-ratus biji. Menurut lelaki yang punya patung ratusan biji ini, gadis patung tidak mungkin mengkhianati mereka.