Misteri Patung Yang Boleh Berkelip Di Russia

Patung ini dikenali dengan nama Katja, dan dibuat pada tahun 1730an oleh seorang daipada kaum Tsar yang tidak diketahui namanya. Kisahnya bermula apabila seorang gundik yang mahukan seorang anak lelaki supaya lebih disayangi oleh raja. Tetapi apa yang mengecewakannya adalah anak yang dilahirkan itu adalah lelaki dan tambahan pula dilahirkan cacat.

Oleh kerana zaman itu, kepercayaan pada tahyul sangat kuat, maka bayi yang tidak berdosa itu dibunuh dengan cara dibakar hidup-hidup. Patung ini kononnya dibuat daripada abu bayi tersebut yang dicampurkan dengan seramik dan porselin. Dan tukang membuat patung tersebut adalah penjaganya.

Menurut cerita orang ramai, patung ini disimpan secara turun temurun di Rusia dan dijaga dengan ketat. Kononnya, patung ini akan membawa malapetaka akibat dari abu bayi tersebut. Menurut orang ramai lagi, jika patung ini berkelip selepas bertentang mata dengannya selama 20 saat, maka musibah akan menimpa.



Penyelam Bina Masjid Pertama Di Bawah Air

PENYELAM bersolat jemaah di masjid pertama bawah air yang mereka bina.

JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya.

Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.

Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan.

Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.

“Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan,” katanya.

Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah. – Agensi



Teknik Membuang Bulu - Ratu Mesir Cleopatra

Body Sugaring adalah kaedah membuang bulu yang tidak dikehendaki yang digunakan oleh Ratu Mesir iaitu Cleopetra yang terkenal dengan kecantikannya. Cleopatra dikatakan akan memanggil pakar Body Sugaring ini setiap bulan. Bahan yang digunakan ialah Gula, minyak, dan lemon yang dicampur. Ramuan yang digunakan oleh ratu mesir tersebut adalah bahan yang semulajadi yang boleh dibuat di rumah sambil menjimatkan wang, membuang bulu yang tidak dikehendaki dengan cepat dan tahan lama.

Ada beberapa kaedah yang digunakan untuk menghilangkan rambut dari tubuh anda. Elektrolisis adalah satu-satunya kaedah kekal. Semua kaedah sisa-cukur, waxing, mencabut, menggunakan ubat, Sugaring, dan sebagainya, adalah untuk sementara.

"Sugaring", merupakan amalan menggunakan campuran gula, tidak perlu dilakukan sekerap mencukur. "Sugaring" juga kurang berbahaya daripada mencukur. Anda boleh menggunakan gula tubuh buatan sendiri untuk menghilangkan rambut dari mana saja pada tubuh anda. Namun, dengan menggunakan kaedah “Sugaring” adalah lebih baik daripada mencukur. Walau bagaimanapun “Sugaring” sedikit menyakitkan.

Untuk membuat buatan sendiri “Sugaring”, anda hanya akan memerlukan beberapa bahan murah. Anda memerlukan satu cawan gula putih, satu suku cawan madu, dan satu aun jus lemon. Anda boleh menambah sedikit molase jika ada untuk membuat campuran yang pekat. Tapi itu tidak perlu.

Letakkan semua bahan dalam bekas microwave yang kecil. Campur bahan bahan tersebut, walaupun agak sukar . Microwave kan campuran dalam setting yang tinggi selama beberapa minit. Selepas itu bahan di dalam bekas microwave tersebut akan menjadi panas dan melekit, kacau sehingga sebati. Jika campuran tersebut sudah lembut, ianya sudah sedia untuk digunakan. Jika tidak, microwave lagi selama 30 hingga enam puluh saat. Keluarkan dari oven microwave dan biarkan hingga sejuk sedikit. Campuran “Sugaring” harus hangat, tetapi tidak terlalu panas pada saat anda menggunakannya.

Untuk menggunakan campuran tersebut anda memerlukan batang ais krim atau spatula. Anda juga akan memerlukan beberapa jalur/strip kain cotton atau muslin. Kain cadar lama amat sesuai digunakan. Jalur/strip kain ini kira-kira tiga inci lebar dan satu kaki panjang adalah disyorkan untuk mendapat kesan yang baik.

Sekarang, untuk menghilangkan rambut di kaki, ketiak, dan sebagainya, pastikan kulit anda bersih dan kering. Kemudian, gunakan batang ais skrim atau spatula untuk menyebarkan lapisan tipis “Sugaring” tersebut. Letakkan jalur/strip dari bahan kain cotton atau kain muslin di atas “Sugaring” tadi sehingga benar-benar tertutup. Gunakan tangan anda dan gosok ke atas material. Lakukan ini beberapa kali untuk menekan kain ke dalam “Sugaring” tadi.

Anda sekarang sedia untuk menghilangkan bulu. Pegang hujung material tadi. Kemudian, tarik dengan cepat melawan arah bulu tersebut. Kerana anda menarik bulu dari akar-akarnya, proses ini akan menyengat sedikit. Tapi, menyengat hanya berlangsung sementara.

Teruskan proses hair removal menggunakan “Sugaring” sehingga anda telah mencabut semua bulu yang anda inginkan. Anda boleh menggunakan semula material kain tadi beberapa kali sehingga ianya tidak berfungsi dengan baik lagi. Gunakan jalur/strip yang baru. Jika “Sugaring tadi menjadi keras, microwave kan ia semula selama 30 saaat.

Apabila anda telah selesai menggunakan “Sugaring” di tubuh anda, anda perlu mencuci sisa dari kulit anda dengan air hangat dan air sabun. Sapukan pelembab yang baik untuk kulit anda untuk membantu mengisi minyak yang hilang dan menenangkan kerengsaan.

Cara terbaik untuk menyimpan sisa gula tubuh adalah untuk menyimpan didalam bekas microwave dan tidak perlu diletakkan dalam peti sejuk. Jika anda ingin menggunakannya lagi, microwave kembali. “Sugaring” tahan lama mengikut sukatan yang anda buat.


Haiwan Sebesar Biri-Biri Pernah Tinggal Di Pokok

BLACK merakamkan gambar tulang rangka seekor haiwan sebesar biri-biri yang ditemui di Tapak Warisan Dunia Riversleigh di Queensland 

SYDNEY - Australia pernah mempunyai haiwan yang sebesar biri-biri dan tinggal di dahan pokok kira-kira 15 juta tahun lalu, kata seorang ahli paleontologi, Karen Black semalam. Black berkata, anggota-anggota penyelidikannya telah menemui fosil haiwan itu di Tapak Warisan Dunia Riversleigh di Queensland. Kerja-kerja untuk mencari fosil itu telah dilakukan sejak tahun 1993. Beliau berkata, haiwan itu seberat 70 kilogram dan mempunyai pertalian dengan wombat yang merupakan haiwan seperti beruang. Black menyatakan ia mungkin haiwan memanjat pokok yang terbesar pernah wujud ketika itu. - Agensi


Zakar Menegang, Lelaki Saman BMW

SAN FRANCISCO 1 Mei - Seorang lelaki memfailkan saman terhadap dua buah syarikat berikutan pengalaman ngeri yang dilaluinya apabila alat sulitnya menegang selama dua tahun selepas menunggang sebuah motosikal berkuasa besar.

Henry Wolf yang menetap di sini, mengemukakan saman tersebut terhadap syarikat pengeluar motosikal, BMW dan juga Corbin-Pacific Inc., yang bertanggungjawab membuat tempat duduk kenderaan itu di Mahkamah Agung San Francisco, minggu lalu.

Dalam saman tersebut, Wolf mendakwa pada mulanya dia sangat gembira dapat menunggang motosikal BMW 1993 yang dilengkapi tempat duduk Corbin-Pasific, dalam tunggangan selama dua jam tanpa henti.

Namun, secara tiba-tiba selepas itu, alat sulitnya mengalami ketegangan sepanjang masa yang didakwanya berpunca daripada rekaan tempat duduk berbonggol dan kegagalan pembuatan serta pemasangan oleh defendan.

Peristiwa tersebut menurutnya berlaku pada 1 Mei 2010 dan sejak itu, keadaannya berterusan sehingga sekarang.

Wolf turut menyatakan bahawa aktiviti hariannya terjejas termasuk tidak dapat melakukan hubungan seks, yang menyebabkan dia mengalami tekanan emosi dan mental yang teruk.

Sementara itu, sebuah blog automotif, Rushlane melaporkan, kejadian seperti itu bukan yang pertama pernah berlaku.

Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ia dilihat mempunyai kaitan langsung antara rekaan tempat duduk motosikal dan masalah berkaitan seperti kesuburan dan mati pucuk.

Menurut blog tersebut, getaran yang berterusan sepanjang tunggangan ditambah keadaan tempat duduk, dikatakan menjadi punca masalah tersebut berlaku. - AGENSI


Manusia Paling Berat Di Dunia

Dalam sejarah manusia, terdapat 5 individu yang mempunyai berat badan melampau iaitu melebihi 500kg. Baca dan lihat senarai di bawah. Ambil iktibar daripada kisah mereka dan mula amalkan gaya hidup yang sihat.

Rosalie Bradford 
- Dia memang suka makan sejak kecil. 
- Ketika berumur 14 tahun, beratnya mencapai 92kg. 
- Ketika berumur 15 tahun, beratnya meningkat kepada 140 kg. 
- Berat maksimum yang pernah dicapai adalah 544kg. 
- Dia juga pernah ingin membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan berat badannya. 
- Meninggal pada umur 63 tahun. 

Walter Hudson 
- Dilahirkan di Brooklyn, New York. 
- Berat masimum dicapai adalah 544kg. 
- Dia pernah tersekat di pintu biliknya hinggakan pasukan penyelamat terpaksa memecahkan dinding biliknya. 
- Pernah mengatakan "I just eat and enjoyed it!!!" 
- Dia juga telah meninggal dunia pada umur 46 tahun. 

Manuel Uribe 
- Terlantar di katil selama 9 tahun (2001-2009) 
- Pernah berkahwin pada 26 oktober 2008. 
- Pernah membidas orang yang menghinanya dengan mengatakan "I am proof you can find love in any circumstances. It’s all a question of faith. I have a wife and will form a new family and livea happy life”. 
- Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 597kg. 
- Meninggal dunia pada umur 47 tahun. 

Jon Brower Minnoch 
- Gemuk sejak dari kecil. 
- Ketika berumur 12 tahun, berat badannya mencecah 132 kg. 
- Dia pernah dimasukkan ke hospital dan kehilangan 419 kg. Tetapi malangnya selapas keluar hospital, beratnya naik mendadak 2 kali ganda. 
- Pernah berkahwin. Isterinya mempunyai berat normal dan mempunyai 2 orang anak. 
- Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 635kg. 
- Meninggal dunia pada umur 42 tahun. 

Carol Yager 
- Orang paling berat dalam sejarah manusia. 
- Disebabkan dijangkiti bakteria, dia dimasukkan ke hospital. 
- Dia tidak mampu untuk berdiri ataupun berjalan kerana ototnya tidak mampu menampung berat badannya. - Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 727kg. 
- Dia maeninggal pada umur 34 tahun disebabkan penyakit buah pinggang, kegagalan organ berfungsi dan obesiti melampau