Penunggang motosikal yang melalui Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat
digemparkan dengan kehadiran seekor ikan toman yang berjaya ditangkap di
tasik, tepi lebih raya tersebut.
Ikan toman seberat 10kg itu ditangkap oleh seorang lelaki yang secara kebetulan dikatakan ternampak kelibat ikan tersebut.
Gara-gara insiden itu, ramai penunggang berhenti untuk menyaksikan ikan
toman besar yang ditangkap hingga mengakibatkan laluan motosikal menjadi
sesak.
Ramai yang terkejut kerana tidak menyangka terdapat ikan toman hidup dalam kolam kecil di tepi lebuhraya itu.
Ini membuatkan ada yang beranggapan bahawa ikan itu dilepaskan individu tertentu ke dalam kolam tersebut.
Dalam pada itu, kesesakan di laluan motor pada hari berkenaan membuatkan
penunggang motosikal di belakang menyangkakan terdapat roadblock.
“Dah la aku tengah laju semalam. Roadtax moto pulak ngam-ngam hari
Rabu abis tak sempat nak hidupkan. Tiba-tiba jem kat jalan moto. Kelam
kabut aku. Rupanye deme tengak bro ni tangkap ikan” tulis Fitry di Facebook.
Difahamkan, lelaki yang menangkap ikan toman besar itu telah melepaskannya kembali ke kolam tersebut
About
Popular Posts
Blog Archive
-
▼
2016
(13)
-
▼
June
(11)
- Lelaki Kuwait Nikah 4 Isteri Sekaligus Dalam Satu ...
- Gara-Gara Ikan Toman, Laluan Motor Jem
- Lelaki Ini Hanya Minum Tanpa Makan Selama 5 Tahun
- Ritual Bunuh Diri Seppuku
- Lelaki Taksub Jadi Ikan Duyung
- Cendawan Bercahaya Di Hutan Amazon
- Wanita Berbadan Paling Lentik Di Dunia
- Roller Coaster Yang Tertinggi, Terlaju Dan Terpanj...
- Pulau Sampah Buatan Di Maldive
- Trend Lelaki Jepun Berkahwin Dengan Patung
- Pulau Indah Yang Mempunyai Penduduk Padat
-
▼
June
(11)
Blogroll
Powered by Blogger.
