Di Malaysia, kalau kita dengar ada yang makan darah
ular, kucing dan katak pun sudah cukup meloyakan tekak. Tetapi di negara
luar lebih dasyat lagi apa yang mereka makan. Mungkin bagi penggemar
makanan eksotik, itu adalah sesuatu yang sangat lazat dan mampu
membuatkan mereka kecur liur.
Berikut ialah 10 makanan yang menjijikkan dan negara yang paling banyak mempunyai makanan jijik ialah negara China.
1. Burger “Cindil” – China.
Cindil atau nama lainnya anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Selain itu, cindil juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Khabarnya, cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dalam bentuk burger.
2. Otak Monyet Hidup – China.
Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah kekuatan seksual lelaki. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati masalah kekuatan batin. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan mestilah dipastikan monyet itu masih hidup. Kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan di belah tengkoraknya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan di makan dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur, dan Kota Jakarta.
3. Daging Tikus Goreng – China.
Tikus-tikus yang biasanya didapati berkeliaran di sawah
para petani ini yang biasanya menjadi hidangan sebagai lauk oleh
kebanyakan orang-orang di negara China. Daging tikus yang telah
disembelih dan diperap akan digoreng dan dijadikan santapan. Daging
tikus dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang baik untuk
kesihatan.
4. Ulat Rebus – Botswana.
Suku kaum di pedalaman Botswana dikatakan gemar menyantap
ulat-ulat Mapone sebagai menu makan hampir setiap hari. Ulat-ulat yang
telah dikumpulkan akan dimasak dengan menggunakanbahan perasa untuk
menambahkan kesedapannya dan disantap bersama-sama dengan nasi.
5. Soya Busuk – China.
Hampas soya yang dijemur sehingga keluar bau busuk dan
kering akan diproses untuk dijadikan menu makanan, dan ianya hanya
terdapat di negara China sahaja.
6. Telur Rebus Mengandungi Janin Itik Filipina.
Di negara Filipina, telur itik yang telah mencapai umur 2
minggu atau yang telah berubah menjadi janin akan dimasak atau direbus
lalu dijadikan santapan dan dimakan dengan sos dan kicap masin. Telur
seperti ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang
mampu menambahkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
7. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur.
Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh
diproses sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang
dan di restoren restoren mewah di bandar-bandar dengan harga yang
sangat mahal.
8. Sos dari Sperma Ikan Emas – Hungaria.
Di negara Hungary, sperma ikan emas akan diproses dan dicampur dengan susu untuk dijadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.
9. Steak Daging Buaya di – Singapura.
Di negara Singapura, daging buaya kebanyakannya anak
buaya akan diproses menjadi steak buaya. Daging-daging buaya terutama
bahagian paha tangan dan kaki akan disajikan bersama kentang goreng sama
seperti steak daging lembu yang kita biasa lihat. Hanya
restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa
ini.
10. Bola Mata Ikan Tuna – Jepun.
Di Jepun, bebola mata ikan Tuna yang masih mentah atau
yang sudah dimasak akan disantap sebagai snek di waktu lapang. Bebola
mata ikan Tuna dipercayai boleh menambah stamina ketika sedak melakukan
aktiviti lasak lebih kurang seperti minuman isotonik.
Menggelikan! Tetapi bagi mereka itulah sajian paling sedap dan paling nikmat untuk disantap bersama ahli keluarga. Tidak pasti pula sejauh mana khasiat makanan itu walaupun di khabarkan boleh membantu mengubati pelbagai penyakit dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan.