Misteri Hantu Di Dunia Ragnarok

Saya pasti ramai disini pernah main game Ragnarok Online. Tahukah anda ada satu kisah seram yang mungkin anda tak tahu. Kisah ini terjadi di Filipina. Kemunculan satu karakter Ragnarok Online bernama Tiger Lily telah menggemparkan seluruh player ragnarok di Filipina. Ketika itu ragnarok baru sahaja diperkenalkan.

Tiger Lily adalah karakter novice jantina perempuan. Novice ini sering kali dilihat menghabiskan masa di satu sudut di dalam rumah. Rumah ini terletak di map masuk ke Orc Dungeon. Setiap hari pagi petang dan malam Tiger Lily akan menghabiskan masanya di sana sambil wajahnya memandang ke dinding kayu rumah tersebut. Dia tidak pernah menoleh atau memperlihatkan wajahnya kepada player lain.

Ramai yang menganggap Tiger Lily adalah player biasa yang sedang AFK(Away from keyboard), tapi agak mustahil kerana setiap hari dia akan berada disitu tanpa melakukan pergerakan. Beberapa player cuba menghampirinya untuk berbual, tetapi Tiger Lily memberi amaran supaya meniggalkannya. Apa yang menyeramkan ialah Tiger Lily memberi amaran supaya tidak mengganggunya dengan mengatakan "Go away, go away from me (nama sebenar anda)". Ini bermakna Tiger Lily tahu siapa nama sebenar anda dalam kad pengenalan!

Perkara ini sangat mustahil. Program Bot pun tidak mampu untuk mengetahui nama sebenar player. Siapakah Tiger Lily ini sebenarnya? Ada beberapa perkara yang telah terjadi kepada player yang cuba untuk berbual dengannya. Ada yang disconnect tiba-tiba, internet putus dan lampu terpadam.

vfxz.png
3m72.jpg
4rr2.jpg

Kisah di sebalik misteri
Rupanya Tiger Lily adalah seorang player biasa. Dia adalah seorang wanita yang sangat meminati Ragnarok Online. Dia didapati telah meninggal dunia di dalam biliknya di hadapan komputer ketika sedang bermain Ragnarok Online.

Kisah aneh di atas berlaku selepas 100 hari kematiannya. Malah rekod karakter yang sedang online di server Filipina menunjukkan tiada karakter bernama Tiger Lily.